Tarikh : 11 Disember 2009
Masa : 16:24 hr
Tempat : RKTLDM
Geng : Nazir & Lin
Peralatan : Laptop & broadband :) Laman blog Aku Dan Ikan merupakan satu dedikasi yang aku tujukan khusus buat suamiku yang tercinta di atas minatnya terhadap hobi memancing. Apa yang membuatkan aku terdetik untuk membina laman blog ini adalah kerana kesungguhannya di dalam menanamkan kecintaan aku terhadap hobi ini sepertimana beliau. Alhamdulillah, benci berkalih menjadi cinta. Kini, aku berkongsi minat yang sama dengan beliau.
Laman blog ini aku ciptakan khusus agar ianya menjadi satu jurnal perjalanan aktiviti memancing suamiku. Setiap apa yang tercatit di dalam jurnal maya ini merupakan seribu satu kisah yang dilalui oleh beliau. Catatan perjalanan ini merupakan sesuatu yang ingin kukongsikan bersama dengan mereka yang juga mempunyai minat yang sama.
Logo yang terdapat di artikel ini (gambar di atas) merupakan logo pertama yang aku ciptakan sebelum aku menukar ke logo yang dapat dilihat di bahagian atas laman blog ini.
Laman blog ini juga mengalu2 kan sekiranya anda mahu berkongsi cerita dengan kami. Sila hantarkan cerita dan kisah anda (bersama dengan gambar) berkaitan aktiviti memancing di chaosticisme@yahoo.com
***Kisah2 yang tersiar di laman blog ini akan menerima hadiah misteri dari kami. :)
***Baca tentang pengarang, KLIK DI SINI.
Happy memancing!
Teman Si Pemancing,
Laman web blog ini telah didedikasikan khusus & teristimewa untuk suamiku yang tercinta:
- Mohamad Nazir a.k.a Zir Iskandar -
kerana minat dan kesungguhan beliau di dalam hobi yang satu ini - memancing. Segala kisah / cerita yang terdapat di dalam blog ini merupakan perjalanan aktiviti memancing beliau bersama rakan2 seperjuangan. (11 Disember 2009 / 24 Zulhijjah 1430 (Jumaat, 15:03))


0 Responses to About The Blog